Program Memasak Bubur Lambuk Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Tarikh : 6 April 2023 (Khamis)

Lokasi : Dewan Bankuet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis

YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah hadir ke program memasak bubur lambuk Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Program ini dianjurkan oleh kelab sukan dan kebajikan kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dengan kerjasama di antara Pejabat Perbendaharaan Negeri Perlis, Pejabat Undang-Undang Negeri perlis serta Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Perlis. Program ini adalah program tahunan dan julung kalinya ia dirancang dengan kerjasama jabatan lain.

Hadir bersama YBrs Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), YBrs Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Setiausaha-Setiausaha Bahagian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Kakitangan Pejabat, Pejabat Perbendaharaan Negeri Perlis, Pejabat Undang-Undang Negeri Perlis serta Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Perlis.


 
Jom tonton : Canggung Digital 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR