Majlis Jasamu Dikenang, Bakti Disanjung, Budi Dijunjung Bersama YBHG. Datuk Seri HJ. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad
Tarikh : 6 April 2023 (Khamis)
Lokasi : Dewan Warisan, Jalan Kolam, Kangar, Perlis
Lokasi : Dewan Warisan, Jalan Kolam, Kangar, Perlis
YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis hadir ke Majlis Jasamu Dikenang, Bakti Disanjung, Budi Dijunjung. Hadir bersama YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YBrs. Tuan Norazlan bin Yahaya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar serta YAA Tuan Haji Jaidi bin Ahmad, Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis.
Majlis ini diadakan sempena perpisahan YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis yang kini merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya. Majlis ini diraikan bagi menghargai jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan oleh beliau sepanjang perkhidmatan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.
Turut bersama dalam majlis ini, YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri Perlis dan Setiausaha-Setiausaha Bahagian Pejabat Kerajaan Negeri Perlis.
Facebook Rasmi : SUK Perlis Official Facebook
Jom tonton : Canggung Digital