Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih

Tarikh : 5 April 2023 (Rabu)

Lokasi : Dewan Warisan, Jalan Kolam, Kangar, Perlis

YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan YBhg. Datin Seri Hajah Roslina Binti Mior Adlan, Pengerusi Puspanita Perlis telah hadir ke Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih.

Hadir bersama, YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis dan YABhg Puan Najwa binti Othman, YB Tuan Rus’sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN), YAA Tuan Haji Jaidi bin Ahmad, Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri Bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, Sahibus Samahah Dato’ Arif Perkasa Prof Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, serta Tuan Norazlan bin Yahaya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar.

Majlis ini diadakan sempena perpisahan YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis yang kini merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya. Majlis dimulakan dengan jamuan berbuka puasa dan tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Muhammad Abdul Kadir bin Sahak daripada Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Turut bersama dalam majlis ini, YBrs Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), YBrs Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri Perlis dan Pegawai Kanan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.


 
Jom tonton : Canggung Digital 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR