Kunjungan Perpisahan Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Terhadap YAB Menteri Besar Perlis, Kakitangan Awam Di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (AMMK)
Tarikh : 5 April 2023 (Rabu)
Lokasi : Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
Lokasi : Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah membuat kunjungan terhadap YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis.
Dalam kunjungan itu, YAB Menteri Besar telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad atas segala khidmat bakti beliau sepanjang menjawat jawatan itu. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya berkuatkuasa pada 4 April 2023.
YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis juga telah membuat kunjungan perpisahan ke atas semua bahagian di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.
Pada pertemuan itu, beliau memberikan nasihat kepada penjawat awam di PSUKs agar terus mengekalkan tahap kecemerlangan dan integriti dalam setiap penugasan dan merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penjawat awam atas kerjasama serta sokongan padu yang diterima sepanjang beliau berkhidmat PSUKPs.
YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah membuat kunjungan perpisahan terhadap YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (AMMK) di Bilik Mesyuarat MMK.
Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Penasihat Undang-Undang Negeri, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Pegawai Kewangan Negeri, YB Tuan Haji Zepri bin Saad dan Setiausaha MMK, Cik Mawar binti Awang.
Facebook Rasmi : SUK Perlis Official Facebook
Jom tonton : Canggung Digital