Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Masjid Nurul Hikmah, Wang Besar, Bintong Perlis
Tarikh : 29 Mac 2023 (Rabu)
Lokasi : Tapak Projek Masjid Nurul Hikmah, Wang Besar, Bintong Perlis
Lokasi : Tapak Projek Masjid Nurul Hikmah, Wang Besar, Bintong Perlis
YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis hadir ke Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Masjid Nurul Hikmah. Hadir bersama YB Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Muhammad Azmir bin Azizan, Exco Hal Ehwal Agama Islam serta YB Tuan Fakhrul Anwar bin Ismail, ADUN Bintong.
Majlis dimulakan dengan menandatangani dokumen penyerahan dan seterusnya penyerahan replika kunci oleh YBrs. Ir Mohd Shahril bin Mohd Said, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis, kepada YBrs. Tuan Hj. Najmuddin bin Abdul Karim, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Perlis (JAIPs) sebagai simbolik penyerahan projek menaiktaraf Masjid Nurul Hikmah yang telah siap pada 16 Disember 2022 yang lalu.
Turut bersama dalam majlis ini, Wakil-wakil Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis & Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Perlis (JAIPs).
Facebook Rasmi : SUK Perlis Official Facebook
Jom tonton : Canggung Digital