Lawatan Kerajaan Negeri Perlis ke Negeri Sabah (EKS PERBAH) Tahun 2023

Tarikh : 24 Mac 2023 (Jumaat) hingga 27 Mac 2023 (Isnin)

Lokasi : Sandakan, Sabah

DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan untuk hadir bersama ke Lawatan Kerajaan Negeri Perlis ke Negeri Sabah (EKS PERBAH) Tahun 2023 bermula dari 24 Mac 2023 (Jumaat) hingga 27 Mac 2023 (Isnin) di Sandakan, Sabah.

Hadir bersama ke program ini adalah YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Izizam bin Ibrahim, AMMKN Kemudahan & Pasarana, Pengangkutan, Hubungan & Kerjasama Sempadan serta Penyelarasan Penguatkuasaan, YB Tuan Megat Hashirat bin Hassan, AMMKN Sains, Teknologi & Inovasi, Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT), Alam Sekitar, Bioteknologi & Teknologi Hijau, Perpaduan Masyarakat & Kesihatan serta YB Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberi sokongan institusi beraja serta menyampaikan sumbangan sempena bulan Ramadhan untuk meningkatkan moral dan semangat anggota keselamatan yang melaksanakan tugas di sempadan negara. Malah, dalam masa yang sama program ini dapat mengeratkan hubungan kerajaan Negeri Perlis dengan Kerajaan Negeri Sabah di dalam menyokong jiwa murni dan titian kasih terhadap penduduk Negeri Sabah yang berada di dalam kawasan gerakan pasukan keselamatan di samping melaksanakan tugas-tugas amal kepada penduduk Negeri Sabah melalui program-program CSR.

Turut hadir bersama di dalam program ini adalah Sahibus Samahah Dato’ Arif Perkasa Prof Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YBhg Prof. Dato’ Ts. Dr Zaliman bin Sauli, Naib Canselor UniMAP, YDH DCP Dato' Surina Saad, Ketua Polis Negeri Perlis, YBrs Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), wakil dari Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) serta Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri Perlis terpilih.

Program ini telah diselaraskan dan diurusetiakan oleh Unit Pengurusan Korporat & Integriti, Pejabat SUK Perlis, Rejimen 504 Askar Wataniah dan Pejabat Tuanku Raja Muda Perlis.
 
 
Jom tonton : Canggung Digital 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR