Majlis Rukyah Hilal Awal Ramadhan 1444H/2023M
Tarikh : 22 Mac 2023 (Rabu)
Lokasi : Menara Pandang, Majlis Al-Hussain, Kuala Perlis
Lokasi : Menara Pandang, Majlis Al-Hussain, Kuala Perlis
Majlis Rukyah Hilal Awal Ramadhan 1444H/2023M ini telah disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, turut berangkat bersama DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Mufti Negeri Perlis (JMNPs), Jabatan Ukur Dan Pemetaan (JUPEM) Negeri Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis telah dipertanggungjawabkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk mengkaji dan menganalisis data almanak astronomi akan perihal kewujudan hilal sewaktu matahari terbenam pada hari rukyah berdasarkan Kriteria Imkanul Rukyah di Menara Pandang, Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis, Perlis yang merupakan Stesen Rasmi Rukyah Hilal Negeri Perlis pada setiap tahun.
Majlis Rukyah Hilal Ramadan, Syawal Dan Zulhijjah pula merupakan salah satu program asas yang sangat penting bagi penetapan tarikh awal Bulan Ramadan, Syawal Dan Zulhijjah Tahun 1444H / 2023M di Malaysia.
Turut hadir bersama, YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis dan YABhg Puan Najwa binti Othman, YB Tuan Rus’sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Sahibus Samahah Dato’ Arif Perkasa Prof Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN), Tuan Haji Mohd Nazim bin Mohd Noor, CEO MAIPs, Tuan Hj. Najmuddin bin Abdul Karim, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Perlis (JAIPs), YAA Tuan Haji Jaidi bin Ahmad, Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis, YBrs. Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Ramle, Rektor KUIPs serta Ketua-Ketua Jabatan yang terlibat.
Facebook Rasmi : SUK Perlis Official Facebook
Jom tonton : Canggung Digital