Majlis Hari Bersama Kementerian Sumber Manusia (KSM) Peringkat Negeri Perlis Tahun 2023
Tarikh : 21 Mac 2023 (Selasa)
Lokasi : Institut Latihan Perindustrian Kangar Perlis
Lokasi : Institut Latihan Perindustrian Kangar Perlis
YB Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, hadir bagi menyampaikan amanat di Majlis Hari Bersama Kementerian Sumber Manusia (KSM) Peringkat Negeri Perlis Tahun 2023. Hadir bersama YBrs Encik Mohd Yusri bin Mohd Rahim, Pengarah Institut Latihan Perindustrian Perlis, YBrs Encik Amree bin Ghazi, Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Perlis, YBrs Encik Iskandar bin Jassa, Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perlis dan Encik Basharudin bin Khalid, Pengarah PERKESO Negeri Perlis.
Dalam ucapan amanatnya, YB SUK berharap KSM dapat menjalinkan hubungan baik yang sedia ada di antara agensi-agensi di bawah KSM dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri itu sendiri. Disamping menjelaskan peranan dan hala tuju agensi masing-masing serta menerima Amanat dan hasrat secara langsung daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
Hadir bersama dalam majlis ini, Wakil Ketua-ketua Jabatan, Para Kakitangan Penjawat Awam di bawah Kementerian Sumber Manusia serta pelajar-pelajar Institut Latihan Perindustrian Kangar Perlis (ILP).
Facebook Rasmi : SUK Perlis Official Facebook
Jom tonton : Canggung Digital