Majlis Malam Apresiasi Pelancongan Perlis Tahun 2023

Tarikh : 20 Mac 2023 (Isnin)

Lokasi : Dewan Bankuet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis

YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis hadir ke Majlis Malam Apresiasi Pelancongan Perlis Tahun 2023. Hadir bersama YB Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis.

Majlis ini diadakan bertujuan membina jaringan hubungan yang baik serta menghargai pencapaian dan penglibatan pemain-pemain industri pelancongan yang telah merancakkan aktiviti pelancongan negeri Perlis sepanjang tahun 2022. Di samping dapat meningkatkan semangat dan motivasi kepada pemain-pemain industri pelancongan untuk memperbaiki pencapaian dan penglibatan mereka dalam bidang pelancongan.

Turut bersama dalam majlis ini, YBrs Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), YBrs Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri Perlis, Agensi-agensi yang terlibat, Setiausaha-Setiausaha Bahagian Kerajaan Negeri Perlis, wakil-wakil dari media dan pemain-pemain industri pelancongan di negeri Perlis.
 
 
Jom tonton : Canggung Digital 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR