Majlis Apresiasi dan Hi-Tea Bersama Penaja dan Pemudah Cara Program Larian Nakawan Ultra 2023
Tarikh : 20 Mac 2023 (Isnin)
Lokasi : Kok Mak Stable, Padang Besar
Lokasi : Kok Mak Stable, Padang Besar
YB Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, hadir ke Majlis Apresiasi Dan Hi-Tea Bersama Penaja Dan Pemudah Cara Program Larian Nakawan Ultra 2022. Hadir bersama YB Tuan Muhammad Azmir bin Azizan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis serta YBhg Dato' Nellson Yong, Pengurus Besar MYUS Group.
Program Larian Nakawan Ultra 2022 telah berlangsung dengan jayanya pada 9hb dan 10hb Disember 2022 yang lalu di Kompleks Eko Pelancongan Batu Pahat. Program ini telah disertai oleh 1,228 orang peserta tempatan dan antarabangsa serta mendapat kerjasama daripada 24 buah jabatan/ agensi, 10 buah syarikat penaja bersama syarikat penganjur.
Turut bersama dalam majlis ini, YBrs Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Puan Puteh Soraya binti A.Rahman, Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri Perlis, Agensi-agensi yang terlibat dan Setiausaha-Setiausaha Bahagian Kerajaan Negeri Perlis.
Facebook Rasmi : SUK Perlis Official Facebook
Jom tonton : Canggung Digital