Majlis Perasmian Karnival Semarak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sempena Bulan Pertahanan Awam Peringkat Negeri Perlis Tahun 2023
Tarikh : 18 Mac 2023 (Sabtu)
Lokasi : Pejabat Unit Pertahanan Awam (PUPA), Kurong Tengar, Kuala Perlis
Lokasi : Pejabat Unit Pertahanan Awam (PUPA), Kurong Tengar, Kuala Perlis
YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis hadir bagi merasmikan Majlis Karnival Semarak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sempena bulan pertahanan awam peringkat Negeri Perlis. Hadir bersama YB Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Zakri bin Hassan, Ahli Parlimen Kangar, YB Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis, Leftenan Kolonel (PA) Encik Mohd Izaimi bin Md Daud, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Perlis, dan Leftenan Kolonel (PA) Encik Mohd Zahari bin Abdul Aziz, Wakil Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Majlis ini di adakan bagi meraikan bulan Pertahanan Awam. Ini selari dengan sambutan Hari Pertahanan Awam Sedunia dan tema pada tahun 2023 adalah “The Role Of Information Technology In Risk Assessment”. Pelancaran sambutan Hari Pertahanan Awam peringkat kebangsaan ini telah dilaksanakan pada 7 Mac 2023 yang lalu di Parlimen Malaysia.
Hadir bersama dalam majlis ini Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, Pegawai-Pegawai Kehormat dan Persekutuan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Perlis serta Pegawai dan Warga Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Facebook Rasmi : SUK Perlis Official Facebook
Jom tonton : Canggung Digital