Majlis Infaq Ramadhan Tahun 1444H/2023M
Tarikh : 18 Mac 2023 (Sabtu)
Lokasi : Dewan 2020, Persiaran Wawasan, Kangar, Perlis
Lokasi : Dewan 2020, Persiaran Wawasan, Kangar, Perlis
YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, hadir ke Majlis Infaq Ramadhan 1444H/2023M. Hadir bersama YB Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, Pengurus Menteri Besar Incorporated (MBI) serta Pengerusi Syarikat Mutiara Perlis Sdn Bhd.
Majlis ini dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif untuk mengumpul sumbangan Infaq Ramadhan serta menampung perbelanjaan Iftar Ramadhan bagi tahun 1444H/2023M.
Hadir bersama dalam majlis ini, YBrs En Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Puan Puteh Soraya binti A Rahman, serta Pegawai-Pegawai Kanan yang terlibat.
Facebook Rasmi : SUK Perlis Official Facebook
Jom tonton : Canggung Digital