Pertandingan Bowling Amal Bersama DYTM Tuanku Raja Perempuan Muda

Tarikh : 12 Mac 2023 (Ahad)

Lokasi : Pusat Bowling Kangar

Pertandingan Bowling Amal ini telah disempurnakan oleh DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan turut berangkat bersama anakanda YAM Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Pertandingan bowling amal ini dilaksanakan adalah bagi mencari dana untuk Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis (PKAYPs), dan selain itu, pertandingan ini juga bertujuan untuk menarik lebih ramai masyarakat bagi mengenali PKAYPs.

Turut hadir mewakili YAB Menteri Besar Perlis adalah YB Tuan Muhammad Azmir Azizan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis dan YBhg. Puan Rafidah binti Ramli.

Turut hadir bersama adalah YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YBhg Puan Naimah Binti Yahaya, YB Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, Ahli-Ahli Yang Berhormat, serta Ketua-ketua Jabatan Negeri Perlis.
 
 
Jom tonton : Canggung Digital 

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR