Siri 4 : Projek Rintis Pengurusan Dan Kutipan Sisa Pepejal di Kawasan Kampung Negeri Perlis

Tarikh : 10 Mac 2023 (Jumaat)

Lokasi : Pusat Khidmat DUN Sanglang, Sanglang

Majlis penyerahan tong sampah kepada penduduk di Kampung Sungai Padang, Sanglang, telah disempurnakan oleh YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis selaku ADUN Sanglang, Perlis.

Tujuan Pelaksanaan Projek Rintis Pengurusan dan Kutipan Sisa Pepejal di Kawasan Kampung di Negeri Perlis ini adalah indikator akses kepada perkhidmatan kutipan sampah yang lebih komprehensif untuk diperluaskan ke kawasan kampung di Negeri Perlis seperti mana obligasi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) di bawah Perjanjian Tiga Pihak (Tripartite Agreement) yang telah dimeterai bersama pada tahun 2012.

Jenis kutipan sisa pepejal yang akan dilaksanakan adalah mengikut kaedah 2+1 iaitu kutipan sisa domestik (2 kali) yang perlu dimasukkan ke dalam tong sampah, dan sisa kitar semula, sisa pukal dan sisa kebun (1 kali) yang perlu diletakkan di luar tong sampah.

Pelaksanaan projek rintis ini melibatkan keseluruhan 15 buah kampung di Negeri Perlis yang dibahagikan kepada 2 fasa pelaksanaan yang telah bermula pada 7 Mac 2023 bagi Fasa 1.
 
 
Jom tonton : Canggung Digital 

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR