Projek Rintis Pengurusan dan Kutipan Sisa Pepejal di Kawasan Kampung Negeri Perlis

Tarikh : 7 Mac 2023 (Selasa)

Lokasi : Dewan Orang Ramai Kampung Behor Gandil, Kangar

Pada hari ini telah diadakan majlis penyerahan tong sampah bersaiz 120 liter dan sesi 'engagement' kepada pemilik rumah kediaman dan premis di Kg. Behor Gandil, Indera Kayangan.

Pelaksanaan projek rintis ini melibatkan keseluruhan 15 buah kampung di Negeri Perlis yang dibahagikan kepada 2 fasa pelaksanaan yang telah bermula pada 7 Mac 2023 bagi Fasa 1.

Projek ini adalah inisiatif Kerajaan Negeri dengan sokongan pihak Kerajaan Persekutuan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) sebagai usaha meningkatkan kecekapan pengurusan sisa pepejal ke seluruh negeri termasuk ke kawasan-kawasan kampung.
 
 
Jom tonton : Canggung Digital 

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR