Majlis Kemuncak Sambutan Jubli Emas Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA)

Tarikh : 6 Mac 2023 (Isnin)

Lokasi : Negeri Sembilan Cement Industries Sdn Bhd (NSCI-CIMA) Bukit Ketri, Perlis

Majlis Kemuncak Sambutan Jubli Emas Cement Industries Of Malaysia Berhad (CIMA) Ke-50 ini telah disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. Turut berangkat sama DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda baginda YAM Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Majlis diadakan bagi meraikan Majlis Kemuncak Sambutan Jubli Emas Cement Industries Of Malaysia Berhad (CIMA) Ke-50. Disamping itu, majlis ini turut meraikan kakitangan yang sudah berkhidmat lebih daripada 30 tahun di CIMA dengan Pengurniaan Anugerah Lama Berkhidmat yang telah disempurnakan oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis.

Turut hadir bersama, YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis dan YBhg Puan Naimah Binti Yahaya, YBhg Dato’ Zaiviji Ismail Bin Abdullah Pengerusi CIMA dan YBhg Datin Aziah Bt Maulud, YB Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam Bin Haji Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YBhg Dato' Mohd Izani Ghani Ahli Lembaga Pengarah CIMA & Pengarah Urusan UEM Group Bhd serta YBhg Datin Azah Abdul Halim, YB Tuan Mohd Radhi Bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri dan YBhg Puan Norlyn Soraya Bt Jusoh @ Ramli.
 
 
Jom tonton : Canggung Digital 

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR