Perasmian Penutupan Pesta Angin Timur Perlis 2023

Tarikh : 5 Mac 2023 (Sabtu)

Lokasi : Kampung Sungai Padang, Simpang Ampat, Perlis

Majlis Perasmian Penutupan Pesta Angin Timur Perlis 2023 ini telah disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, turut berangkat bersama DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan turut berangkat anakanda YAM Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Majlis perasmian ini dimulai dengan DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis menyempurnakan acara pelepasan pertandingan sukan rakyat (Air) seperti Pertandingan Tangkap Itik, Pertandingan Menggagau Ikan dan Pertandingan Pukul Bantal.

Turut hadir bersama, YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis dan YABhg Puan Najwa binti Othman hadir ke Majlis Perasmian Penutupan Pesta Angin Timur Perlis 2023. Hadir bersama YB Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri serta YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis.
 
 
Jom tonton : Canggung Digital 

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR