Pejabat SUK perlis


IKBN Kuala Perlis Berupaya dan Berjaya Menjayakan Kursus Modular Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan (PKP)

KITA MESTI TAHU - BELIA PERLIS TELAH DITAWARKAN KERJA
IKBN KUALA PERLIS BERUPAYA DAN BERJAYA MENJAYAKAN KURSUS MODULAR PENYELENGGARAAN KENDERAAN PERDAGANGAN (PKP)
DI BAWAH INISIATIF PENJANA 2021
DENGAN KERJASAMA
SYARIKAT HONG SENG GROUP SDN. BHD.
2021-Tahun yang dipenuhi cabaran dan ujian lantaran isu Pendamik COVID-19 yang melanda seluruh negara .Namun begitu Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis(IKBNKP) telah selesai melaksanakan kursus Modular Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan(PKP) di bawah inisiatif PENJANA 2021.

Kursus ini telah  dihadiri seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada belia-belia dan individu lepasan sekolah dari negeri Perlis dan Kedah. Program ini juga telah mendapat kerjasama daripada Syarikat Hong Seng Group Sdn. Bhd. yang bertempat di Pulau Pinang sebagai penyedia peluang pekerjaan untuk peserta setelah tamat berkursus. Seramai 6 peserta kursus dari negeri Perlis dan seorang peserta dari negeri Kedah telah di ambil bekerja dan selebihnya bekerja di lain-lain bidang. Berikut adalah perincian mengenai kursus tersebut.

MAKLUMAT KURSUS

Tajuk Modul                  :  Kursus Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan

Sub Modul                    :  1. Senggaraan Berjadual Kenderaan Perdagangan
                                      2. Servis Sistem Brek Kenderaan Perdagangan
                                      3. Servis Sistem Steering Dan Suspensi Kenderaan Perdagangan
                                      4. Servis Sistem Klac Dan Drive Train Kenderaan Perdagangan
                                      5. Program Keusahawanan

Tarikh                           :  19 hingga 28 April 2021 (10 Hari)

Tempat                         :  Bengkel Penyenggaraan Kenderaan Perdagangan (PKP), IKBN Kuala Perlis

Klik Di Sini
Klik Di Sini