Pejabat SUK perlis


Kursus Scaffolding@Juruperencah di IKBN Kuala Perlis

DI PERLIS ADA
KURSUS SCAFFOLDING @ JURUPERANCAH
JADIKAN PILIHAN ANDA
KE  IKBN KUALA PERLIS(IKBNKP), PERLIS
 
 IKBN Kuala Perlis- September,2021, Jabatan Teknologi Awam IKBNKP bahagian Scaffolding@Juruperancah telah menjayakan kursus Star@U kepada lepasan sekolah menengah atas dan para belia  pada 27-30 September,2021.

Ini adalah kursus jangkamasa pendek kepada para belia yang berminat di bidang scaffolding@juruperancah di IKBNKP selari dengan kehendak Kementerian Belia dan Sukan(KBS) Malaysia dalam usaha pembangunan kemahiran dan modal insan  khususnya  untuk memenuhi keperluan dan kehendak tenaga kerja mahir dalam industri negara.

Kursus ini mempunyai objektif yang jelas iaitu memberikan kemahiran asas berkaitan dengan Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. awam IKBNKP bertekad akan terus memegang amanah untuk kekal istiqamah agar penyampaian perkhidmatan dan kualiti latihan di tahap tinggi serta mantap dari segi produktiviti.

Justeru itu sukacita dimaklumkan di IKBNKP pada bulan januari dan julai setiap tahun menawarkan kepada semua para belia yang berminat untuk bersama-sama menceburkan diri dibidang ini kerana ianya mempunyai peluang dan kerjaya yang menarik dipelbagai industri.Lepasan IKBNKP yang berjaya  dibidang ini akan menerima sijil daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 1 dan 2.

Sememangnya menarik dan usahakan ia sebagai kerjaya dimasa akan datang,Jadikan kursus asas ini sebagai pemula dan menjadikan para belia berminat untuk terus belajar dan berkursus sebelum ke industri yang sebenarnya.Berhubung terus dengan IKBNKP untuk berkursus di talian 04-9855985 (Unit Bina Insan@Hal Ehwal Pelajar) atau Cawangan Hubungan Industri (CHI).