Workplace Attachment Programme (WPA)

Tarikh : 16 - 20 Januari 2023

Lokasi : Negeri Melaka

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (PSUK Perlis) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka serta Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah (PDTMT) telah mengadakan Workplace Attachment Programme (WPA) di Negeri Melaka.

Peserta program seramai tujuh (7) orang adalah terdiri daripada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana dari Bahagian Pentadbiran Daerah (BPD) dan Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Program WPA ini memberi fokus kepada perkongsian amalan terbaik (best practices) dalam pelaksanaan polisi, proses kerja, inisiatif, program dan inovasi melalui konsep adopt and adapt.
Program WPA juga bertujuan untuk meningkatkan tahap kompetensi serta membangunkan modal insan yang berkualiti dan berintegriti melalui budaya kerja yang baik. Pegawai telah diberi pendedahan mengenai pengurusan bencana, sisa pepejal, pelancongan, pelaksanaan mesyuarat di peringkat mukim/ daerah serta pengurusan penjaja kecil.
PDTMT telah dipilih sebagai rakan strategik kerana memenangi pelbagai anugerah termasuklah Anugerah Sektor Awam, Asia Geospatial Excellence Award, Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka serta AJA EQS Certification (M) Sdn. Bhd.

Peserta program WPA telah diraikan di dalam satu Majlis Makan Malam Penghargaan yang dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka (Pembangunan), YBhg. Encik Badaruddin bin Mohd Kassim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBhg. Encik Rusdi bin Yahya, serta pegawai-pegawai kanan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan Negeri Perlis.

Sementara itu, Majlis penutup telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Pengurusan, Encik Ahmad Arif bin Ali mewakili Pegawai Daerah, YBhg. Datuk Shamsul Ambia bin Abdul Aziz. Turut bersama Ketua Penolong Pegawai Daerah Pembangunan, Encik Mohd Azri bin Mohideen Abdul Kadir; Penolong Pegawai Daerah, Puan Rosmawati binti Yas, sementara dari PSUK Perlis adalah Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Puan Maslina binti Che Lin @ Halim, Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan, Encik Hasbullah bin Abd Rashid serta Setiausaha Bahagian Pentadbiran Daerah, Encik Mohammad Afifi bin Othman @ Omar.
 
 
 

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR