DYMM Tuanku Raja Perlis Berkenan Menerima Menghadap YAB Perdana Menteri Di Istana Arau, Perlis
Tarikh : 16 Januari 2023 (Isnin)
Lokasi : Istana Arau, Perlis
Lokasi : Istana Arau, Perlis
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim mengadap DYMM Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Majlis mengadap turut disertai oleh YAB Menteri Besar, Tuan Mohd. Shukri bin Ramli, serta YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad.
Majlis diakhiri dengan santapan tengah hari bersama DYMM Tuanku Raja Perlis bertempat di Istana Arau, Perlis.
Sumber : SUK Perlis Official Facebook