Majlis Amanat YAB Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam di Negeri Perlis

Tarikh : 16 Januari 2023 (Isnin)

Lokasi : Dewan 2020, Kangar, Perlis

Objektif utama penganjuran majlis pada hari ini adalah untuk mendengar amanat dan harapan YAB Perdana Menteri terhadap semua penjawat awam di negeri Perlis serta mengikat jalinan semangat dan kebersamaan di antara anggota pentadbiran dan penjawat awam.

Turut bersama-sama di dalam majlis ini adalah Menteri Besar Perlis, YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN), Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Ketua-ketua Jabatan serta semua penjawat awam negeri Perlis.
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR