Majlis Penyampaian Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA 2022)

Tarikh : 17 Januari 2022 (Selasa)

Lokasi : Dewan Auditorium IIM, Aras 2, Institut Integriti Malaysia, Kuala Lumpur

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad hadir ke Majlis Penyampaian Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2022, bertempat di Institut Integriti Malaysia, Kuala Lumpur.

Majlis Penyampaian Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2022 ini adalah buat julung kalinya diperkenalkan di seluruh negara sebagai satu mekanisma untuk mengukur komitmen, usaha dan keberkesanan insiatif Integriti dan tata kelola terbaik di dalam sebuah organisasi.

Ucapan Perasmian Majlis telah disampaikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Fadillah bin Yusof
Turut hadir dalam majlis ini terdiri daripada pelbagai Agensi Awam dan Swasta.
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR