Hari Konservensi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa Peringkat Negeri Perlis Tahun 2022
Tarikh : 17 Disember 2022 (Sabtu)
Lokasi : Dewan Serbaguna Bukit Ayer, Kompleks Sungai Eko Pelancongan Sungai Batu Pahat, Perlis.
Lokasi : Dewan Serbaguna Bukit Ayer, Kompleks Sungai Eko Pelancongan Sungai Batu Pahat, Perlis.
Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad hadir bagi merasmikan Sempena Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa Peringkat Negeri Perlis bertempat Dewan Serbaguna Bukit Ayer, Kompleks Sungai Eko Pelancongan Sungai Batu Pahat, Perlis.
Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa Peringkat Negeri Perlis ini adalah untuk menghargai penglibatan pelbagai pihak termasuk agensi Kerajaan, swasta, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan komuniti setempat sepanjang tahun 2022 dalam melaksanakan pelbagai aktiviti berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Negeri Perlis termasuk kempen kesedaran.
Hadir bersama dalam majlis ni, YBrs. Pengarah Perhutanan Negeri Perlis dan YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan).
Sumber : SUK Perlis Official Facebook