Program 'Back To School' Anjuran Petronas
Tarikh : 1 April 2022 (Jumaat)
Sumber : Facebook SUK Perlis Official
Program 'Back To School' anjuran Petronas. Dalam program ini, Yayasan Petronas telah menyumbangkan 730 kit keperluan persekolahan. Setiap kit mempunyai persalinan baju sekolah lengkap, baju sukan, kasut, stokin, beg sekolah, alat tulis, bekas makanan dan hygiene kit. Daripada jumlah tersebut, 450 kit adalah untuk sekolah rendah dan 280 kit untuk diagihkan ke sekolah menengah. Anggaran keseluruhan sumbangan adalah sebanyak RM 200,000.
Majlis penyerahan kepada wakil Jabatan Pendidikan Negeri Perlis telah di saksikan oleh YAB Dato' Seri Azlan Bin Man, Menteri Besar Perlis dan YB Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Bin Hj Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.
Majlis telah diadakan di Dewan Serbaguna, Komplek Dewan Undangan Negeri Perlis.