Pejabat SUK perlis

AP Smart LayerSlider (Homepage 3)

suk perlis
perlis
perlis digital

Lawatan Kerja Pengerusi Bersama Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat Covid-19 Ke Negeri Perlis

Unit Pengurusan Korporat & Integriti
05.03.2021 (Jumaat)

15 Mac 2021 (Kangar) - Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat Pandemik COVID-19 dalam rangka lawatan ke Negeri Perlis hari ini telah mengadakan sesi libat urus dengan Kerajaan Negeri Perlis bagi memperjelaskan perkara-perkara berkaitan Proklamasi Darurat Pandemik Covid-19 dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 kepada YAB Menteri Besar, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan serta pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri. Sebelum itu, ketibaan Jawatankuasa Teknikal telah disambut oleh YB setiausaha Kerajaan Negeri, YB Pegawai Kewangan Negeri, YB Penasihat Undang-undang dan pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri dan turut mengadakan pertemuan dengan YAB Menteri Besar Perlis. Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat Pandemik COVID-19 terdiri daripada

YB Datuk Seri Takiyuddin Bin Hassan,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Parlimen dan Undang-undang)

YBhg.Tan Sri Mohd Khairul Adib Bin Abd Rahman
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

YBhg. Tan Sri Idrus Bin Harun
Peguam Negara

YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Bin Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

YBhg. Dato Rodzi Bin Md Saad
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan Keselamatan)
Majlis Keselamatan Negara

#SUK_Perlis

Link Facebook : https://www.facebook.com/SUKPerlisOfficial