Pejabat SUK perlis

AP Smart LayerSlider (Homepage 3)

suk perlis
perlis
perlis digital

Lawatan YAB Perdana Menteri Ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Covid-19 Di Klinik Kesihatan Kampung Gial, Arau

Unit Pengurusan Korporat & Integriti
05.03.2021 (Jumaat)

5 Mac 2021, ARAU – YAB Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin dengan di iringi YAB Dato' Seri Azlan bin Man, Menteri Besar Perlis telah melakukan tinjauan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) COVID-19 di Klinik Kesihatan Kampung Gial dekat Arau disini untuk melihat sendiri pelaksanaan vaksinasi di Negeri Perlis.

Semasa di PPV YAB Perdana Menteri telah di berikan taklimat ringkas berhubung vaksinasi di Perlis oleh YBrs. Dr. Sirajuddin bin Hashim, Pengarah Kesihatan Negeri Perlis. Turut bersama dalam lawatan YAB Perdana Menteri adalah YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Azman Bin Mohd Yusof; YB Tuan Teh Chai Aan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Sumber Asli & Alam Sekitar, Bioteknologi & Teknologi Hijau dan Kesihatan serta YB Puan Siti Berenee Binti Yahaya, ADUN N.4 Mata Ayer selaku ADUN Kawasan dan Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Perlis En. Arif Helmi Bin Junid

#SUK_Perlis

Link Facebook : https://www.facebook.com/SUKPerlisOfficial