Pejabat SUK perlis

AP Smart LayerSlider (Homepage 3)

suk perlis
perlis
perlis digital

Lawatan Kerja Sehari YAB Perdana Menteri Ke Negeri Perlis

Unit Pengurusan Korporat & Integriti
19.03.2021 (Jumaat)

5 Mac 2021, KANGAR – YAB Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin dan isteri hari ini melakukan lawatan kerja sehari ke Negeri Perlis. Ketibaan beliau dengan helikopter Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis disini di sambut oleh YAB Dato' Seri Azlan bin Man, Menteri Besar Perlis dan Isteri.

Turut serta menyambut adalah YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Tuan Azman Bin Mohd Yusof dan isteri; YB Tuan Mohd Radhi Bin Abas, Penasihat Undang-undang Negeri dan isteri, YB Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Pegawai Kewangan Negeri dan isteri; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan isteri; Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri serta pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri Perlis.

Antara aktiviti lawatan kerja YAB Perdana Menteri ke Negeri Perlis antara lain adalah sesi perjumpaan dengan YAB Menteri Besar Perlis. Selain itu YAB Perdana Menteri turut mendengar taklimat pembangunan Negeri Perlis yang di sampaikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Selepas itu lawatan kerja ini diteruskan dengan Majlis Menghadap Kebawah DYMM Tuanku Raja Perlis dan DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis serta solat jumaat bersama DYMM Tuanku di Masjid Negeri, Arau.

Pada sebelah petang pula lawatan kerja diakhiri dengan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) COVID-19 di Klinik Kesihatan Kampung Gial dekat Arau disini, sebelum kembali ke Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis bagi berlepas ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar, Kedah untuk berangkat pulang.

#SUK_Perlis

Link Facebook : https://www.facebook.com/SUKPerlisOfficial