Saturday,Jumada al-Thanni 8 1439 / Saturday February 24 2018

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PERLIS BIL. 1 TAHUN 2018 DAN AMANAT AWAL TAHUN YAB MENTERI BESAR PERLIS

31 January 2018
Author :  

8 Januari 2018 (Isnin) : MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PERLIS BIL. 1 TAHUN 2018 DAN AMANAT AWAL TAHUN YAB MENTERI BESAR PERLIS

PENGANJUR PERHIMPUNAN BULANAN JANUARI 2018 - PEJABAT DYMM TUANKU RAJA PERLIS

INTIPATI UCAPAN AMANAT AWAL TAHUN YAB MENTERI BESAR PERLIS

- Dato’ Seri YAB Menteri Besar mengalu-alukan Yang Berhormat Dato’ Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis yang baru.

- Yang Berhormat Dato’ mempunyai pengalaman yang luas di Negeri dan Persekutuan,

- Semoga legasi pentadbiran perkhidmatan awam yang diterajui oleh Yang Berhormat Dato’ dapat membantu Negeri Perlis dengan lebih cemerlang.

- Semoga juga pada tahun ini para penjawat awam membangun Negeri Perlis dalam konteks yang lebih spesifik iaitu kawasan Chuping Valley Industrial Area (CVIA) yang telah kita mula laksanakan 3 tahun lalu.

NASIHAT TENTANG KEMATIAN

- Bercakap soal kematian, masa berlalu begitu pantas sekali meninggalkan kita. Kematian tidak akan menunggu kita, kita pasti akan menghadapinya kelak.

- Peringatan daripada Rasullah SAW iaitu salah satu tanda-tanda kecil kiamat semakin hampir ialah apabila masa bergerak dengan lebih pantas.

- Peringatan ini adalah agar kita tidak tergelincir dalam liku-liku kehidupan kita dan semoga Allah SWT kurniakan kesihatan yang baik kepada kita.

KEMPEN KEBERSIHAN DI NEGERI PERLIS

- Suka untuk saya ingatkan agar kita harus terus-menerus menjaga kebersihan dalam negeri kita. Sekiranya kita tidak mengingatkan diri kita sendiri serta masyarakat sekeliling masalah kebersihan pasti akan berterusan.

- Persekitaran yang bersih dan cantik pasti elok mata memandang.

PENJAWAT AWAM HARUS MENJALIN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA KERAJAAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN

- Matlamat NBOS iaituNational Blue Ocean Strategy adalah supaya para penjawat awam bekerja secara berpasukan bukannya bekerja secara silo.

- Pelaksanaan NBOS oleh kakitangan kerajaan adalah untuk menjadikan perkhidmatan awam lebih pantas, lebih cekap dan berkesan bagi mencapai objektif yang disasarkan bagi memperkukuh pembangunan di Negeri Perlis.

PENEKANAN TERHADAP PELAKSANAAN PEMBANGUNAN MELALUI 4 (EMPAT)CONCEPT & APPROACH

i. “RAJIN BEKERJA, KUAT BERUSAHA”;

ii. “DALAM KITA MEMBANGUN, MESTI MEMBANGUN DENGAN AKHLAK”;

iii. PERANAN KERAJAAN ADALAH MEWUJUDKAN SATU PERSEKITARAN YANG KONDUSIF DENGAN MEWUJUDKAN PELUANG-PELUANG YANG PERLU DIREBUT OLEH INDIVIDU DAN MASYARAKAT; dan

iv. KONSEP “A CONDUSIVE ENVIRONMENT”.

 

BAJET NEGERI PERLIS TAHUN 2018
“MEMACU PEMBANGUNAN NEGERI, MENGUTAMAKAN KEBAJIKAN DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT”

- Bajet kali ini berbeza berbanding bajet-bajet sebelum ini, walaupun mengandungi 162 perenggan dan keseluruhannya sebanyak 162 muka surat. Intipati bajet ini adalah:

i. Bajet yang berorientasikan spesifikasi yang khusus;

ii. Implementation Orientated; dan

iii. Emphasisi of Focus On Welfare.

- Tahun 2018 akan menyumbang kepada perjalanan Negeri Perlis ke matlamat Rancangan Struktur Negeri Perlis 2030 (RSN 2030) iaitu sebuah dokumen perancangan jangka panjang pembangunan Negeri Perlis sebagai Negeri Bandaraya menjelang 2030.

GALAKAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN UNTUK TURUN PADANG

- Pegawai-pegawai hendaklah ‘Go On The Ground’ melihat sendiri projek/aktiviti malah kesusahan dan masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Misalnya:

i. Segelintir masyarakat Perlis yang masih tinggal di dalam rumah yang mana lantai menjadi tempat untuk tidur seisi keluarga.

ii. Masalah ponteng sekolah yang hanya bukan disebabkan oleh sikap pelajar tetapi kerana masalah-masalah lain seperti terlibat dengan gejala ketagihan ketum.

iii. Isu longkang ‘kok u’ iaitu ketinggian longkang melebihi paras jalan yang menyebabkan aliran air hujan tidak dapat meneruni longkang ‘kok u’ tersebut. Hal ini akan menyebabkan berlakunya masalah banjir.

- Bagi tahun 2018 ini, jabatan-jabatan yang terlibat haruslah turun padang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat.

LIFESTYLE – PENGURUSAN GAYA HIDUP

- Masyarakat kerap mengadu berkenaan kesusahan menghadapi kehidupan pada masa kini.

- Kesusahan masyarakat yang berlaku pada masa sekarang adalah kerana tindakan pengurusan diri sendiri. Walaupun, dikatakan susah tetapi masyarakat kini masih lagi mampu untuk melancong dalam dan luar negara.

- Menjadi tanggungjawab kita sendiri untuk cara kita memilih dan mengurus kehidupan agar tidak terjebak dengan masalah.

 

CATITAN:

UNIT PENGURUSAN KORPORAT & INTEGRITI
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS

         
55 Views
Pentadbir Portal
Login to post comments
Top