Saturday,Rabbi al-Thanni 22 1438 / Saturday January 21 2017

Aktiviti SUK Perlis (19)

Aktiviti SUK Perlis
KANGAR, 11 Dis (Bernama) -- Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menerima mengadap bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Istana Arau pada Jumaat lepas atas dasar kenalan lama. Pertemuan itu tiada hubungkait dengan sebarang urusan parti politik negara, demikian menurut kenyataan Pejabat Setiausaha Sulit Kanan baginda di sini, hari ini. "Sebagai pemerintah negeri Perlis, baginda tidak mencampuri urusan tentang sebarang fahaman politik.....
PADANG BESAR, 10 Dis (Bernama)-- Pihak yang mempersoal mengenai Pindaan Rang Undang-undang (RUU) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Pindaan) 2016 yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis adalah kerana mereka tidak faham tentang isu berkenaan. Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man menegaskan RUU berkenaan cuma berkisar tentang menyelaras versi bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris daripada ibu dan bapa kepada ibu atau bapa memberi izin kepada anak yang belum mencapai umur 18 tahun memeluk Islam. "Sepanjang sidang DUN berjalan selama tiga…
KAKI BUKIT, 9 Mac (Bernama) -- Masyarakat yang tinggal di kawasan persempadanan negara digesa memainkan peranan membantu pihak berkuasa dalam melaporkan sebarang maklumat kejadian di kawasan berkenaan.Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah mereka juga perlu prihatin dan peka dengan memastikan golongan remaja tidak terjebak dengan budaya atau perbuatan yang menyalahi undang-undang."Ini termasuklah jenayah penyeludupan pendatang tanpa izin dan barangan terlarang seperti petrol, mercun, dadah dan senjata api," titah baginda.Baginda bertitah selepas berkenan merasmikan program 'Titian Kasih Mega'…
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Umat Islam di seluruh negara hari ini tidak melepaskan peluang untuk bersolat sunat kusuf atau gerhana matahari yang berlaku empat tahun sekali.Di ibu negara, walaupun sibuk dengan tugas harian, banyak umat Islam meluangkan masa pagi ini untuk turut bersolat sunat berjemaah di Masjid Negara.Solat sunat itu yang diadakan di dewan solat utama masjid tersebut pada 8.45 pagi ini disertai lebih 200 orang dengan diimamkan oleh Imam Masjid Negara Amru Al Haz Adnan, yang turut…
KANGAR, 9 Mac (Bernama) -- Kira-kira 50 peratus kes jenayah yang direkodkan di Perlis melibatkan perbuatan mencuri kenderaaan terutamannya motosikal.Ketua Polis Negeri, SAC Shafie Ismail berkata tahun ini sahaja sebanyak 63 kes curi motosikal dilaporkan."Pihak polis percaya jenayah curi motosikal itu bukan sahaja dilakukan secara individu malahan turut melibatkan kegiatan secara berkumpulan. Ada yang curi motor sebab nak guna sendiri tetapi ia akan lebih teruk jika ada yang curi untuk jual 'alat ganti' moto untuk dapatkan duit bagi aktiviti lain…
Page 1 of 4
Top