Hutan Lipur Bukit Kubu

Hutan Lipur Bukit Kubu terletak di daerah Kuala Perlis, Perlis iaitu kira-kira 1 km dari Pekan Kuala Perlis, 15 km dari Bandar Kangar dan berdekatan dengan Jeti Kuala Perlis (untuk ke Pulau Langkawi). Hutan Lipur Bukit Kubu telah ditubuhkan pada tahun 1992 dan terletak dalam kawasan Cadangan H.S. Bukit Papan yang mempunyai keluasan 184 ha, ketinggian puncak Hutan Lipur Bukit Kubu adalah sekitar 150-200 m pada paras laut. Sehingga kini kawasan Hutan Lipur Bukit Kubu yang dibangunkan untuk kemudahan pengunjung adalah seluas 12 ha.

Tumbuhan di sini adalah jenis hutan separa daun luruh serta dikelilingi sawah padi. Di bahagian belakang Hutan Lipur Bukit Kubu ini juga terdapat sebuah tasik yang dipanggil Tasik Putri Kayang seluas 2 ha. Kawasan hutan lipur ini menjadi satu lokasi untuk berekreasi dan juga sesuai untuk menjalankan aktiviti menjelajah gua di mana terdapat beberapa buah gua semula jadi seperti Gua Ikan dan Gua Harimau. Kewujudan sebuah tasik kecil, sawah padi dan tali air di hadapan gua menjadikan kawasan ini amat sesuai untuk lokasi pemerhatian burung. Kewujudan gua batu kapur di kawasan tersebut juga memberikan potensi sebagai laluan interpretasi batu kapur. Antara kemudahan yang telah disediakan untuk keselesaan pengunjung adalah wakaf, menara pandang, tandas, taman permainan kanak-kanak, denai interpretasi, bangku/meja, surau, lapangan aerobik dan tapak refleksologi.

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan di Hutan Lipur Bukit Kubu adalah berkhemah, menjelajah gua, memerhati burung, treking, interpretasi denai dan mengambil gambar. Selain daripada itu, pengunjung juga boleh bersiar-siar, melihat pemandangan sekitar dan berjoging.

Hutan Lipur Bukit Kubu dibuka kepada pengunjung setiap hari bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Untuk sampai ke Hutan Lipur Bukit Kubu, pengunjung boleh memilih sama ada untuk menggunakan kenderaan persendirian mahupun pengangkutan awam seperti teksi.


   
   

Bancian Laman Web

Bagaimana anda menilai Laman Web kami?

Hubungi Kami

Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami.

  • Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Kilometer 2, Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar, Perlis
  • (+60) 04 9765 966
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Soalan Lazim
Jabatan Perhutanan Negeri Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.


Lihat Artikel mencecah
67429
Top