Gua Kelam

Gua Kelam merupakan salah satu daripada gua batu kapur Formasi Sentul yang berada dalam Banjaran Nakawan dan telah diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perlis sejak 1997. Gua Kelam juga terletak di dalam Hutan Simpan Wang Mu dengan keluasan 2000 hektar. Pekan yang berdekatan dengan Gua Kelam ialah Kaki Bukit sejauh 500 meter.Gua Kelam terkenal dengan penemuan bijih timah perlombongan dalam gua pertengahan abad lalu. Menurut sejarah, nama Gua Kelam adalah gelaran yang telah diberikan oleh pelombong-pelombong bijih timah sempena kegelapan gua itu sendiri. Mereka terpaksa menggunakan lampu karbid untuk menerangi kawasan dalam gua. Gua Kelam menyediakan laluan interprestasi gua sepanjang 1.5 kilometer meliputi jalan di atas simen, tanah, dan laluan anak sungai. Para pelawat juga berpeluang melihat landasan untuk troli-troli bijih yang dibina dari besi dan kayu serta laluan yang disusun menggunakan batu-batuan oleh pelombong-pelombong timah. Malahan pembinaan pintu gerbang oleh tauke-tauke lombong bagi menanda kawasan sempadan konsesi juga turut didapati di dalam gua ini. Pelbagai jenis binatang seperti kelawar, ular, labah-labah. Aneka serangga dan lain-lain boleh didapati dalam gua ini.

  • Bayaran masuk ke Gua Kelam
Kanak-kanak (Di bawah umur 12) RM0.50
Dewasa RM1.00
  • Alamat : Gua Kelam (Cave Kelam) yang terletak kira-kira 33 km ke utara Kangar, ibu negeri Perlis, berhampiran dengan sebuah bandar kecil bernama Kaki Bukit (Foot Hill). Ia berkongsi sempadan dengan Nakawan Range Thailand. Kaki Bukit, 02200 Kaki Bukit, Perlis, Malaysia.
  • Nombor Telefon : 604-938 4466 Perlis Forestry Office & 012-455 2121
  • Waktu Operasi : 9:00am – 6:00

 

 

 

Bancian Laman Web

Bagaimana anda menilai Laman Web kami?

Hubungi Kami

Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami.

  • Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Kilometer 2, Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar, Perlis
  • (+60) 04 9765 966
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Soalan Lazim
Jabatan Perhutanan Negeri Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.


Lihat Artikel mencecah
50515
Top