Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis ditubuhkan pada
bulan Ogos 1983.
Seorang Penasihat Undang-Undang Khas bagi Negeri
Perlis telah dihantar oleh Jabatan Peguam Negara untuk bertugas mulai 15hb Ogos,
1983.
Sebelum ini tugas Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis
dikendalikan oleh Penasihat Undang-Undang Kedah/Perlis yang berpejabat di Negeri Kedah.
Pada masa penubuhannya, terdapat seorang Penasihat
Undang-Undang Negeri Perlis dan seorang sahaja Pegawai Kerani, seorang Pelayan Pejabat dan
seorang Pemandu ditempatkan di pejabat ini.
Buat masa ini terdapat seorang Penasihat Undang-Undang, seorang
Ketua Unit Pendakwaan, seorang Penolong Pendakwa Raya, seorang Peguam Persekutuan, seorang
Setiausaha kepada Penasihat Undang-Undang, 4 orang Pembantu Tadbir, seorang Pembantu
Tadbir Rendah, seorang Pembantu Am Rendah dan seorang Pemandu.