| Memberi pendapat dan nasihat
kepada jabatan-jabatan kerajaan termasuk kepada DYMM Tuanku Raja,
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengenai undang-undang dan
juga penyemakan semua kontrak serta perjanjian
kerajaan.
Pejabat ini juga
menggubal undang-undang Negeri serta memberi pendapat semua rang undang-undang, enakmen
dan warta Kerajaan Negeri.
Manakala Timbalan
Pendakwa Raya yang ditempatkan di pejabat ini, memberi arahan di dalam penyiasatan kes-kes
jenayah dan memulakan prosiding atas nama Pendakwa Raya.
Kes-kes yang mempunyai
kepentingan awam khas dikendalikan oleh Pendakwa Raya sendiri.
Selain dari itu
Timbalan Pendakwa Raya mengendalikan kes-kes rayuan di Mahkamah Tinggi dan menjalankan
semua pendakwaan di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen serta beberapa kes penting di
Mahkamah Majistret.
Peguam Persekutuan
mengendalikan semua kes-kes sivil Kerajaan Persekutuan di Negeri Perlis di samping
membantu Penasihat Undang-Undang dalam pengendalian kes-kes sivil Kerajaan Negeri.
SLOGAN
" CEPAT DAN ADIL "
|