tutus.gif (49737 bytes)

salam.gif (2693 bytes)

bismillah.gif (2217 bytes)

Saya amat bersyukur kepada Allah kerana dengan pertolongan dan keizinanNya Mahkamah Syariah Perlis  telahpun berjaya mempersembahkan laman webnya untuk tatapan masyarakat Islam di seluruh negeri Perlis
khususnya dan semua muslimin di mana jua berada amnya.

Tujuan pembinaan laman web ini adalah untuk menjadi saluran komunikasi kepada masyarakat bagi mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan dengan hal-ehwal Mahkamah Syariah Perlis. Langkah ini juga diambil dengan hasrat menjayakan penyebaran maklumat Mahkamah Syariah dapat dibuat dengan lebih telus, mudah dan pantas.  Maklumat tentang perkhidmatan Mahkamah Syariah Perlis yang terkini bukan sahaja dapat disebarkan dengan lebih luas malah dapat diperolehi dengan mudah dan pantas seolah-olah di hujung jari anda sendiri.

Semoga gerakerja pengurusan laman web Mahkamah Syariah ini mendapat keberkatan dari Ilahi seterusnya memberi menafaat keatas meningkatkan kualiti perkhidmatan Mahkamah ini. Di samping ini masyarakat akan mendapat manfaat yang lebih baik dari segi memperolehi maklumat yang jelas dan cepat.  Sekian, wassalam.
 

YB. Tuan Haji Osman bin Ismail
Ketua Hakim Syar'ie
Mahkamah Syariah Perlis Indera Kayangan
.

|| Main ||