|
PERBADANAN
KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS
DENGAN
IZIN ALLAH:
Kami memberi komitmen untuk mempastikan segala
program dan aktiviti yang diusahakan adalah ke
arah pembangunan dan peningkatan ekonomi negeri
serta pernyertaan Bumiputra selaras dengan
dasar-dasar kerajaan sedia ada.
Kami berjanji akan melaksanakannya
melalui:-
Mencetus dan merancang projek-projek baru
dan berdaya maju berdasarkan
maklumat dan maklumbalas yang tepat dan
kemaskini bagi menepati hasarat kerajaan dan
kepuasan pelanggan dalam bidang-bidang seperti
berikut:-
 |
Pembangunan hartanah dan kawasan
perindustrian.
|
 |
Pembangunan Bandar-bandar baru.
|
 |
Pelaburan untuk mempergiatkan pertumbuhan
ekonomi dan meningkatkan penyertaan
Bumiputra.
|
 |
Bidang-bidang baru seperti industri berat,
pertanian, komersil, pelancongan dan
hospitaliti, peruncitan/pemborongan,
teknologi maklumat serta lain-lain
aktiviti.
|
 |
Sebagai agensi pelaksana kepada
program-program pembangunan kerajaan yang
ditetapkan dari masa ke semasa. |
Melahir
dan membina masyarakat usahawan Bumiputra
melalui khidmat nasihat, latihan, penyertaan
ekuiti dan penerokaan bidang-bidang baru.
Mempastikan bahawa setiap projek yang
dimajukan dapat disiapkan dalam tempoh maksima
30 bulan dari tarikh pelaksanaan atau mengikut
jadual.
Menyediakan
maklumat mengenai peluang-peluang pelaburan dan
potensi projek-projek ekonomi di Negeri Perlis.
Memainkan peranan utama supaya sector
perindustrian terus merupakan sebagai penyumbang
utama kepada KDNK Negeri Perlis.
Mempastikan
bahawa sumber-sumber kewangan diuruskan secara
sistematik, efisyen dan menguntungkan.
Memberikan
layanan penuh mesra kepada setiap pelanggan yang
berurusan dengan PKENPs.
   
|