PIAGAM PELANGGAN JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS |
KAMI BERJANJI INSYAALLAH UNTUK :
Bersedia memberi penjelasan hukum dan permasalahan agama kepada semua
masyarakat dengan kadar yang segera.
Berusaha mewujudkan ciri-ciri mua'asyarah hasanah dalam pembangunan ummah.
Menyeru masyarakat menghayati al-quran dan sunnah sebagai panduan hidup
harian.
Berusaha menerbitkan risalah-risalah agama untuk menjadi panduan / rujukan
kepada masyarakat.
Menerbitkan khutbah untuk masjid-masjid di Negeri Perlis mengikut isu-isu
semasa dan keperluan masyarakat.
Menyediakan Maktabah kitab-kitab Islam untuk menjadi bahan rujukan serta
menggalakkan umat islam membaca dan meneroka hukum islam sejajar dengan tuntutan agama.
Berusaha melahirkan masyarakat islam supaya menjadi orang yang bertaqwa,
beriman, berilmu, berbudi mulia dan berbudaya penyayang melalui program usrah, tadarus
al-quran dan sebagainya.
Membina masyarakat islam ke arah membolehkan mereka menuju kecemerlangan dan
memberi sumbangan yang lebih besar untuk kepentingan Agama, Bangsa dan Negara.
Sentiasa bersedia memberi khidmat nasihat kepada masyarakat umum.
Menerima semua aduan dan masalah serta menjalankan siasatan yang sewajarnya
tanpa apa-apa prasangka.
|| Main || Objektif || Piagam Pelanggan || Carta Organisasi || Senarai Perjawatan || Buku Pelawat ||