Soalan 10

 

adakah pinjaman yang dikenakan faedah untuk membeli rumah, kenderaan dan sebagainya dikategorikan sebagai riba?

 

Jawapan: riba dari segi bahasa ialah lebihan-manakala dari segi syarak ialah lebihan harta yang dikenakan tanpa ganti di dalam pertukaran harta dengan harta, atau sebarang lebihan yang disyaratkan atau dijanjikan untuk diberi kepada orang yang memberi hutang sesuatu manfaat kepada dirinya bersabit dengan hutang yang diberi kepada orang yang berhutang itu.

 

Jawatankuasa fatwa telah mengambil keputusan bahawa pinjaman yang dikenakan faedah untuk membeli harta benda seperti rumah, kenderaan, perkakas rumah dan sebagainya oleh bank atau kerajaan, institusi atau individu yang diamalkan sekarang ini adalah termasuk di dalam takrif riba dan hukumnya adalah haram kecuali jika diubah  sistem pembiayaan secara riba sekarang kepada sistem al-Qardhul Hasan atau bayaran perkhidmatan.

 

Alasan-alasan yang diberikan adalah seperti berikut:-

 

a)      Penentuan faedah dibuat semasa akad tanpa diberi perhatian kepada untung rugi.

b)      Peratus kadar faedah berdasarkan kepada jumlah wang (modal) yang terlibat.

c)      Pembayaran faedah tetap seperti yang dijanjikan tanpa diambil kira samada projek itu dijalankan oleh pihak

d)      Jumlah kadar bayaran faedah tidak meningkat sekalipun jumlah keuntungan berlipat ganda.