Bagaimanakah mengeluarkan zakat biji-bijian?
Jawapan : zakat biji bijian (padi) eloklah dikeluarkan dalam bentuk biji-bijian (padi) itu juga bukan dengan harganya berpandukan kepada amalan yang telah dibuat di zaman Rasulullah saw dan para sahabat. Akan tetapiu sekiranya melakukan yang demikian akan menimbulkan ‘masyaggah’ kesusahan kepada pengeluar dan penerima, ditambah pula kemudaratan yang mungkin brelakus eperti basahnyapadi yang tidak dapat dikeringkan sekiranya dikumpulkan atau terpaksa membayar habuan amil jika dibandingkan dengan pembayaran terus kepada Pejabat Zakat tanpa melalui amil, maka bolehlah dibayar terus zakat itu dengan harganya mengikut akad zakat biji-bijian dan bukannya zakat wang.