TAWAF IFADZAH SEBELUM WAKTU WUKUF ARAFAH
Setelah berbincang dengan panjang lebar, Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada 17 Jun 1988 telah membuat keputusan seperti berikut:-
1. Bahawa tawaf pertama Rasulullah s.a.w lakukan ialah tawaf Qudum bukan tawaf Ifadzah, tetapi tawaf Ifadzah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ialah selepas wukuf di Arafah berdasarkan ayat al-Quran dalam surah Al-Hajj ayat 29:

Bermaksud: Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklahmereka menyempurnakan nazar-nazarnya dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Ka'bah) yang tua sejarah itu.
2. Juga Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Dari Ibni Umar bahawa Rasulullah s.a.w membuat tawaf Ifadzah pada hari Al-Nahr iaitu Hari Raya Pertama(selepas wukuf diArafah) kemudian pulang ke Mina dan dia menyebut bahawa Rasulullah s.a.w melakukannya.
3. Juga Ijmak Ulama yang muktabar iaitu:
a. Pendapat Mazhab-mazhab yang muktabar (Hanafi, Maliki, Syafie, Hambali) telah bersepakat mengatakan bahawa waktu tawaf Ifadzah dilakukan selepas wukuf di Arafah.(Rujuk Kitab Mazhab Alarba'ah Jld. 1 h. 622)
b. Diantara syarat-syarat sah tawaf Ifadzah sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Alfikhul Islami bahawa tawaf Ifadzah mesti dilakukan selepas waktu wukuf.(Rujuk Kitab Alfikhul Islami Jld. 3, h. 162)
Adapun pendapat yang mengatakan bahawa tawaf Ifadzah itu boleh dilakukan sebelum daripada wukuf dan itulah juga dianggap sebagai tawaf Ifadzah. Mereka berpegang kepada Hadis Ibni Umar:

Bermaksud: Dengan Bitawafihi alawal
ialah
tawaf yang dilakukan selepas sembelih dan tahalul (semuanya itu selepas wukuf) berdasarkan
kepada Hadis pertama tadi dan pendapat Imam Shaukani di dalam Nailulautar Halaman 78.

Dikuatkan lagi dengan Sahih Al-Bukhari Jilid Pertama halaman 284 jika sekiranya hendak difahamkan ibarat tersebut bermaksud tawaf Qudum sebagai tawaf Ifadzah maka bertentanglah dengan Hadis Ibni Omar yang pertama tadi yang dengan jelas menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w selain daripada melakukan tawaf Qudum, Baginda juga melakukan tawaf Ifadzah pada hari Nahr selepas sembelihan dan bercukur, yang kedua-duanya dilakukan selepas daripada wukuf. Kalau hendak difahamkan tawaf Ifadzah itu boleh dilakukan sebelum wukuf, maka betentanganlah dengan hadis yang pertama tadi yang mengakibatkan tawaf Ifadzah itu dilakukan selepas sembelihan dan bercukur.
Oleh itu maka jelaslah bahawa tawaf Ifadzah mesti dilakukan selepas wukuf diArafah, haji yang dilakukan tanpa tawaf Ifadzah selepas wukuf di Arafah tisdak sempurna. Oleh itu hendaklah disempurnakan tawaf tersebut.Sekiranya tidak ditunaikan sehingga akhir hayat maka terbatallah hajinya itu.