SOALAN 12

 

Bolehkah dijelaskan mengenai kaifiat Tarawikh dan berapakah bilangan rakaatnya?

 

Jawapan :         Sembahyang tarawikh itu boleh dilakukan 8 rakaat atau 20 rakaat. Sesiapa yang suka untuk bersembahyang tarawikh 20 rakaat bolehlah ia berbuat demikian dan sesiapa yang suka untuk bersembahyang tarawikh 8 rakaat bolehlah ia berbuat demikian kerana kedua-dua nya menurut sunnah.

 

Hanya dibenarkan satu jamaah sembahyang tarawikh sahaja dilakukan di mana-mana masjid dan tidak dibenarkan berbilang jamaah yang berasingan didalam masjid itu. Sesiapa yang hendak bersembahyang tarawikh 8 rakaat sahaja ,bolehlah ia mufaraqah setelah ia selesai 8 rakaat jika imam hendak melakukan sembahyang 20 rakaat dan selepas itu ia sembahyang witir 3 rakaat sama ada berjamaah atau seorang diri.