PROSES PENGUBALAN FATWA NEGERI PERLIS
Di Perlis
Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1964 berbeza sedikit daripada Enakmen
Negeri-negeri lain. Permohonan boleh dibuat oleh mana-mana orang meminta Majlis
Agama Ilsma mengeluarkan fatwa mengenai Undang-undang Islam atau Adat Melayu.
Untuk mengeluarkan fatwa itu Majlis hendaklah merujuk soalan itu kepada
Jawatankuasa Syariah dan Jawatankuasa itu atau dengan majoriti ahli-ahlinya.
Apabila menerima pendapat Jawatankuasa itu Majlis :
1. Hendaklah jika pendapat itu dipersetujui sebulat suara oleh Ahli Jawatankuasa Syariah mengeluarkan pendapat itu sebagai fatwa.
2. Hendaklah jika pendapat itu dipersetujui dengan majoriti Ahli Jawatankuasa itu menimbang pendapat itu dan jika ia dipersetujui oleh majoriti dalam Majlis itu mengeluarkan fatwa mengikut pendapat itu.
3. Boleh apabila pendapat yang diberi oleh majoriti Jawatankuasa Syariah tidak dipersetujui oleh majoriti, Majlis merujuk pendapat itu kepada Duli Yang Maha Mulia Raja untuk keputusan baginda.
Majlis apabila mengeluarkan fatwa dan Jawatankuasa Syariah apabila memberi pendapatnya hendaklah mengikut al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. dengan syarat jika dengan demikian ini akan menjelaskan kepentingan awam. Majlis atau Jawatankuasa Syariah itu hendaklah merujuk fatwa itu kepada Duli Yang Maha Mulia Raja untuk keputusan beliau. Apabila membuat fatwa Majlis hendaklah memberi perhatian kepada Adat Istiadat Melayu atau Undang-undang Adat Melayu yang berkuatkuasa di negeri Perlis. Mana-mana fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis dan mana-mana keputusan yang diberi oleh Duli Yang Maha Mulia Raja memikirkan patut diisytiharkan di Warta Kerajaan dan dengan demikian tertakluk kepada mana-mana Undang-undang bertulis fatwa itu mengikut semua Mahkamah yang ditubuhkan di bawah Undang-undang Negeri.