JENIS-JENIS FATWA YANG DIAMALKAN DI NEGERI PERLIS

 

 

Bagi Negeri Perlis,Fatwa adalah dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis.Majlis bolehlah mengemukakan sebarang soalan yang berkaitan dengan fatwa yang hendak dikelurkan itu kepada Jawatankuasa Syariah dan Jawatnkuasa Syariah memberi pendapatnya kepada Majlis dengan bertulis dan pendapat itu adalah pendapat yang dipersetujui oleh Ahli-ahli jawatankuasa tersebut samada dengan sebulat suara atau dengan suara yang terbanyak.

 

 

Sistem atau dasar untuk mengubal fatwa yang dilakukan di Perlis adalah berlainan sedikit dengan Negeri-negeri Melayu lain. Di Perlis Jawatankuasa Syariah hendaklah mengikut mana-mana mazhab yang tertentu. Keputusan hukum hendaklah berpandu kepada suara yang terbanyak.( Undang-undang Agama Islam Perlis 1963,h.5 )