PANDUAN SKIM POTONGAN GAJI

ZAKAT PENDAPATAN MELALUI SKIM POTONGAN GAJI

Pelbagai kemudahan telah disediakan oleh Majlis Agama Islam (MAIPs) bagi 
menggalakkan pembayaran zakat dikalangan orang Islam di Negeri Perlis.
Diantaranya ialah kemudahan membayar zakat pendapatan melalui  skim potongan gaji.
Dengan adanya kemudahan ini pembayar tidak perlu berurusan di kaunter zakat MAIPs 
bagi menunaikan kewajipan berzakat kerana pembayaran akan terus dibuat oleh majikan 
kepada majlis melalui potongan gaji.

PENGERTIAN GAJI

Gaji adalah pendapatan yang diperolehi oleh seseorang melalui pekerjaan secara
langsung atau tidak langsung. (Pencen) Imbuhan dan seumpamanya dengan pihak 
lain samada pihak kerajaan atau swasta atau orang perseorangan.
PENGERTIAN ZAKAT GAJI

Zakat gaji boleh ditafsirkan dalam dua kaedah iaitu 

Mengikut zakat pertanian
Mengikut zakat emas dan perak


MENGIKUT ZAKAT PERTANIAN

Pendapatan sebenar tolak perbelanjaan sebenar (keprluan asasi dan hutang darurat)

Contoh :

A.	PENDAPATAN

1. Gaji bulanan		=	RM 2,500.00
2. Elaun sebenar	=	RM   500.00

	Jumlah		=	RM 3,000.00
 
B.	PERBELANJAAN

1. Diri				=	RM 417.00
2. Isteri			=	RM 250.00
3. Anak (6 orang)  		=	RM 600.00	
4. Pemberian kepada ibu bapa	=	RM 100.00
5. Perubatan			=	RM 167.00
6. Hutang Darurat			
i.	Kenderaan		=	RM 300.00
ii.	Kediaman		=	RM 200.00

	Jumlah			=	RM 2034.00


Nota :
Perkara 3,4,5 & 6 bergantung kepada perbelanjaan sebenar.


C.	BAKI YANG DIKENAKAN ZAKAT ( Pendapatan tolak Perbelanjaan )

1. Pendapatan	=	RM 3,000.00
2. Perbelanjaan	=	RM 2,034.00

	Baki	=	RM    966.00


KADAR ZAKAT

RM966.00 x 5% 	=	RM48.30

Nisab zakat pertanian ( padi ) ialah sebanyak 2 kunca 7 naleh atau 986.7 kg 
bersamaan dengan RM542.69.





MENGIKUT ZAKAT EMAS DAN PERAK


Contoh :

A.	PENDAPATAN


1. Gaji bulanan		=	RM 24,000.00
2. Elaun sebenar	=	RM  6,000.00

	Jumlah		=	RM 30,000.00
 
B.	PERBELANJAAN

1. Diri				=	RM 5000.00
2. Isteri			=	RM 3000.00
3. Anak (3 orang)  		=	RM 3600.00	
4. Pemberian kepada ibu bapa	=	RM 1200.00
5. Perubatan			=	RM 2000.00
6. Hutang Darurat			
iii.	Kenderaan		=	RM 3600.00
iv.	Kediaman		=	RM 2400.00

	Jumlah			=	RM 20,800.00


Nota :
Perkara 3,4,5 & 6 bergantung kepada perbelanjaan sebenar.


C.BAKI YANG DIKENAKAN ZAKAT ( Pendapatan tolak Perbelanjaan )

1. Pendapatan		=	RM 30,000.00
2. Perbelanjaan		=	RM 20,800.00

	Baki		=	RM  9,200.00


KADAR ZAKAT

Mengikut Tahun Hijrah

RM 9,200 x 2.5%		=	RM 230.00


Mengikut Tahun Masihi	
RM 9,200 x 2.577%	=	RM237.00




ZAKAT DIKECUALIKAN DARIPADA CUKAI PENDAPATAN

	Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 terdapat bahawa setiap mereka 
yang membayar zakat ditolak atau dikecualikan kadar tersebut dari membayar 
cukai pendapatan. Ini dapat dilihat dalam perkara 6A(1) akta berkenaan :


"6A(1) Tertakluk kepada seksyen ini cukai pendapatan yang dikenakan bagi tahun
 taksiran atas pendapatan tiap - tiap orang individdu yang bermastautin dalam
 tahun asas bagi tahun ini hendaklah direbatkan bagi tahun taksiran itu mengikut
 subsekyen(3). Rebate hendaklah diberi bagi tahun taksiran unutk zakat fitrah atau 
lain tuntutan - tuntutan Agama Islam, yang mana pembayarannya wajib dan yang telah 
dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu dan dibuktikan oleh resit yang
 dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang berkenaan yang ditubuhkan mengikut undang - undang bertulis".


Jadual Potongan Cukai Berjadual (PCB) Pindaan 2000, Rujukan Lembaga Hasil Dalam Negeri.



ZAKAT

Majikan yang juga meremitkan potogan zakat kepada pihak berkuasa zakat 
selain daripada membayar kepada Lembaga Hasi Dalam Negeri potongan cukai 
bulanan dari saraan pekerja boleh membuat pelarasan dengan mengambil kira 
amaun zakat tersebut dan mengurangkannya dari PCB yang dikenakan bagi sesuatu bulan.

Contoh 1 :

PCB untuk bulan Januari 2000
Zakat dipotong		: RM 55.00
PCB patut dipotong	: RM 95.00
PCB kena potong		: RM 40.00 ( RM 95.00 - RM 55.00 ) 

Contoh 2 :

PCB untuk bulan April 2000
Zakat dipotong		: RM 55.00
PCB patut dipotong	: RM 50.00
PCB kena potong		: TIADA