UTAMA

PENGENALAN

VISI & MISI

OBJEKTIF

PANDUAN ZAKAT

DASAR AGIHAN

KALKULATOR ZAKAT GAJI

KALKULATOR ZAKAT PERNIAGAAN

                                bismillah.gif (9440 bytes)

SEJARAH BAITULMAL NEGERI PERLIS

    Pungutan Zakat dan Fitrah Negeri Perlis telah diasaskan oleh DYTM Al Marhum Tuanku Syed Alwi Ibni Al Marhum Tuanku Syed Saffi Jamalulail Raja Negeri Perlis pada 20 Rejab 1315 Hijrah. Ianya bermula dengan kutipan Zakat Padi dan diikuti pula pada 1 Ramadan 1382 dengan Zakat Fitrah yang dikutip dari seluruh Umat Islam di Negeri Perlis.

    Baitulmal Negeri Perlis adalah sebuah badan berkanun di bawah Kerajaan Negeri. ( Mengikut Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Perlis Bil.3/1964. Fasal 4) Pejabat Zakat Dan Fitrah Negeri Perlis mula-mula ditempatkan di Pejabat Pemeriksa Kira-Kira Kerajaan Negeri Perlis. Semasa pemerintahan Jepun, pejabat inidipindahkan ke Pejabat Majlis Perbandaran Kangar dan diikuti pula ke Sekolah Derma Inggeris Kangar.

    Pada tahun 1371 Hijrah, sebuah bangunan bangunan telah dibina di Jalan Hospital Kangar Perlis dan dinamakan Pejabat Zakat Dan Fitrah Perlis. Selepas itu ianya berpindah sekali lagi ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Kangar. Pada tahun 1987, pejabat ini berpindah kembali ke pejabat lama iaitu di Jalan Hospital. Setelah dibuat beberapa pengubahsuaian pada tahun 1989 pejabat ini berpindah ke Bangunan No.47, Lorong Seruling, Kangar. Pada tahun 1995, Pejabat Zakat yang sekarang ini dikenali dengan nama Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis ( Zakat, Wakaf, Sumber Am) telah berpindah sekali telah berpindah sekali lagi ke Kompleks Islam Perlis, Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar, Perlis dan kekal hingga sekarang.

    Bagi melicinkan perjalanan pentadbiran, Baitulmal Negeri Perlis telah melantik jawatankuasa yang dikenali dengan nama Jawatankuasa Baitulmal ( menggantikan Jawatankuasa Zakat Dan Fitrah ). Baitulmal juga telah mengambil pegawai-pegawai tetap, kontrak dan juga sambilan. Bagi melincinkan proses pungutan dan pengagihan zakat di Negeri Perlis, Baitulmal telah melantik Amil-Amil disetiap kariah. Buat masa sekarang ini terdapat 99 buah kariah di Negeri Perlis dan mengandungi 104 orang Amil termasuk 5 orang Amil Kaunter yang ditugaskan untuk mengutip zakat harta. Bagi urusan pentadbiran Zakat, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis telah membahagikan Negeri Perlis kepada 3 zon iaitu Utara, Selatan dan Tengah.