KANGAR, 10 Jun (Bernama)-- Pusat hiburan keluarga di negeri ini dibenarkan beroperasi seperti biasa sepanjang Ramadan ini sebagai kelonggaran khusus bagi yang bukan beragama Islam, kata Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man.

Azlan berkata tiada arahan penutupan dikeluarkan kepada pusat hiburan keluarga termasuk pusat karaoke dan snuker, mengambil kira aspek pendapatan melalui perniagaan bagi pemilik premis.

"Majlis Perbandaran Kangar (MPK) yang bertanggungjawab terhadap operasi pusat hiburan keluarga dan ketika ini kita pantau untuk kegunaan mereka yang bukan islam sahaja," katanya.

-- BERNAMA

MAMPUMyGOVMSCJPATourismSPABPASPRPEMUDAHMOFKSN

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Aras 1,
Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis,
01000 Kangar, Perlis.
Tel : 04-9738800
Fax : 04-9775863
E-mel :

 

Pihak Kerajaan Negeri Perlis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik gunakan  IE 8.0 keatas atau  Mozilla Firefox 4.0 keatas pada resolusi 1024x768 pixel.