KANGAR, 28 April (Bernama) -- Operasi pembenihan awan (OPA) hanya boleh dilakukan apabila terdapat awan 'towering cumulus' (kumulus menara) dalam udara atau atmosfera yang sesuai untuk menghasilkan hujan.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata sasaran utama sebelum pembenihan awan dilakukan ialah peluang kejayaan menghasilkan hujan mesti melebihi 95 peratus.

"Awan kumulus menara dan wap air di atmosfera yang sedikit kadangkala menyebabkan peluang pembenihan awan berjaya menghasilkan hujan adalah kurang.



"Kita tiada masalah laksanakan OPA kerana Jabatan Meteorologi Malaysia sentiasa memantau atmosfera. Jika keadaan sesuai, kita akan laksanakan," katanya selepas meninjau Pameran dan Pertandingan Inovasi, Rekabentuk dan Artikulasi Antarabangsa ke-3 (i-IDeA) di Dewan 2020 di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan membelanjakan antara RM30,000 dan RM80,000 bagi setiap OPA menggunakan pesawat Cessna atau pesawat C-130H milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menurutnya penghasilan hujan dilakukan dengan dua kaedah iaitu pertama, menggunakan air garam yang disembur ke dalam awan kumulus menara untuk memberatkan awan agar hujan akan terhasil.

Kaedah kedua ialah 'hygroscopic flare' iaitu kaedah pembakaran garam higroskopik bersaiz zarah berspektrum besar ke dalam awan, kata Abu Bakar.

Sementara itu, paras air Empangan Timah Tasoh mencatatkan penurunan 0.01 meter hari ini. Paras pada pukul 5 petang ini ialah 26.16 meter berbanding 26.17 meter semalam.



-- BERNAMA

MAMPUMyGOVMSCJPATourismSPABPASPRPEMUDAHMOFKSN

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Aras 1,
Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis,
01000 Kangar, Perlis.
Tel : 04-9738800
Fax : 04-9775863
E-mel :

 

Pihak Kerajaan Negeri Perlis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik gunakan  IE 8.0 keatas atau  Mozilla Firefox 4.0 keatas pada resolusi 1024x768 pixel.