KANGAR, 26 Mac (Bernama) -- Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Peris (DPMMP) digesa membina rangkaian dengan pelabur luar untuk meneroka peluang pasaran baharu dalam integrasi ekonomi di bawah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Beliau berkata hubungan baik perniagaan antara usahawan Perlis dan luar negara dapat membantu pertumbuhan ekonomi negeri di samping mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan baharu.

Bagi menyokong usaha golongan usahawan dalam membentuk rangkaian, kerajaan negeri juga akan mempergiatkan usaha memperbanyakkan institusi latihan dan pendidikan perniagaan untuk manfaat rakyat, katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-39 DPMMP di sini hari ini.

Katanya, kerajaan akan mengenal pasti mekanisme dan pendekatan yang sesuai untuk menarik golongan muda di Perlis menceburi bidang perniagaan.

"Bagaimanapun mereka yang berminat haruslah bersedia untuk bermula dari bawah...perlu mendalami ilmu kemahiran perniagaan dan disiplin kewangan yang akan kita sediakan kelak," katanya.

Azlan berkata peluang perniagaan juga terbuka luas kepada peniaga dan usahawan di Perlis apabila kawasan industri Lembah Chuping siap dibangunkan kelak.

Lembah Chuping yang dirancang sebagai kawasan pertumbuhan teknologi hijau dan pembuatan mesra alam yang baharu dalam Rancangan Malaysia Ke-11, bakal menjadi pemangkin utama ekonomi Perlis dalam jangka masa panjang.

-- BERNAMA

MAMPUMyGOVMSCJPATourismSPABPASPRPEMUDAHMOFKSN

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Aras 1,
Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis,
01000 Kangar, Perlis.
Tel : 04-9738800
Fax : 04-9775863
E-mel :

Web Mudah Alih

Pihak Kerajaan Negeri Perlis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik gunakan  IE 8.0 keatas atau  Mozilla Firefox 4.0 keatas pada resolusi 1024x768 pixel.