Unit Protokol
- Objektif
- Fungsi Utama
- Matlamat
- Perkhidmatan
- Piagam Pelanggan
- Hubungi Kami
Objektif Unit Protokol Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis adalah memastikan hal-hal yang bersangkutan Majlis / Perayaan Rasmi, lawatan-lawatan pembesar-pembesar berjalan dengan lancar, kemas dan teratur serta dilaksanakan mengikut keputusan dan peraturan-peraturan Protokol, disamping menyediakan kemudahan kenderaan kepada tetamu-tetamu rasmi kerajaan negeri.
Bertanggungjawab melaksanakan urusan Protokol di dalam majlis-majlis rasmi kerajaan negeri Perlis dan majlis-majlis yang melibatkan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perempuan Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis serta majlis-majlis yang dihadiri oleh pembesar-pembesar negara.
Semua urusan dalam pentadbiran dan urusan rasmi pejabat haruslah mengikut garis panduan dan pekeliling yang berkenaan di dalam memberi khidmat yang tepat dan betul kepada umum dalam menyediakan serta menyusun pelbagai aturcara majlis-majlis rasmi. Menyediakan check list dan sentiasa mempunyai maklumat-maklumat terkini berkaitan majlis-majlis rasmi kerajaan negeri

- Memberikan khidmat nasihat, penyelarasan dan pelaksanaan berkaitan peraturan-peraturan protokol yang melibatkan keberangkatan DYMM Tuanku Raja Perlis dan DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis, DYTM Raja Muda Perlis dan DYTM Raja Puan Muda Perlis, Menteri Besar Perlis dan pembesar-pembesar negara dalam dan luar negeri.
- Bertanggungjawab menyelaras dan menguruskan majlis-majlis rasmi Kerajaan Negeri.
- Menguruskan kenderaan rasmi Kerajaan Negeri
- Menguruskan Kompleks Dewan Warisan Negeri, Dewan Residensi dan Bilik Seminar
- Urusetia bagi sambutan Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis dan sambutan Hari Kemerdekaan
- Menyelaras, mengurus dan melaksanakan urusan Protokol di dalam majlis-majlis yang melibatkan kehadiran pembesar-pembesar negeri di dalam dan luar negeri serta keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perempuan Perlis dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis.
- Memastikan majlis yang dirancang berjalan dengan teratur dan cekap dari segi peruntukan kewangan, pentadbiran, protokol dan keselamatan.
- Memastikan kenderaan-kenderaan rasmi Kerajaan di dalam keadaan baik serta selamat digunakan.
- Memastikan pengurusan Dewan Warisan, Dewan Residensi dan Bilik Seminar diurus dengan baik dan cekap.
- Menyediakan urusan berkaitan peraturan-peraturan protokol yang melibatkan keberangkatan DYMM Tuanku Raja Perlis dan DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis, DYTM Raja Muda Perlis dan DYTM Raja Puan Muda Perlis, Menteri Besar Perlis dan pembesar-pembesar negara dalam dan luar negeri.
- menguruskan majlis-majlis rasmi Kerajaan Negeri
- Menguruskan Kompleks Dewan Warisan Negeri, Dewan Residensi dan Bilik Seminar
- Urusetia bagi sambutan Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis dan sambutan Hari Kemerdekaan
Dewan Besar
Kompleks Warisan Negeri
Jalan Kolam 01000 Kangar, Perlis
Kompleks Warisan Negeri
Jalan Kolam 01000 Kangar, Perlis