• Soalan Lazim
  • Direktori
  • Hubungi Kami
  • W3C Bantuan OKU
  • Mobile Web
   
Increase size
Reset to Default
Decrease size
   

FB Twitter

  • Utama
  • Kerajaan
    • Istana Perlis
    • Menteri Besar
    • Ahli Parlimen
    • Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
    • Ahli Dewan Undangan Negeri
    • SUK Perlis
    • Jabatan Negeri
    • Badan Berkanun Negeri
    • Badan Berkanun Persekutuan
    • Pihak Berkuasa Tempatan
  • SUK Perlis
    • Perutusan YB SUK
    • Piagam Pelanggan
    • Pejabat YB SUK
    • Objektif SUK Perlis
    • Misi dan Visi SUK Perlis
    • Misi dan Visi Perkhidmatan Awam
    • Sejarah Pejabat SUK
    • Senarai Setiausaha Kerajaan
    • Pegawai Kanan SUK
    • Sektor Pengurusan
    • Sektor Pembangunan
  • Pelancongan
    • Tempat Menarik
    • Kesenian dan Warisan
    • Homestay
    • Makanan
    • Membeli-belah
    • 7 Pesona
  • Hubungi Kami
    • Maklumbalas
    • Direktori Pegawai
    • Login Pentadbir
Rabu, 19 Jun 2013
UtamaPerindustrianBerita SemasaProduk Penyelidik Muda UniMAP Menang Emas 100 Peratus Pada AYIE 2013
Email
Print

Produk Penyelidik Muda UniMAP Menang Emas 100 Peratus Pada AYIE 2013

KANGAR, 11 Mei (Bernama) -- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melakar kejayaan manis pada 'Asian Young Inventors for Young Inventors' (AYIE) 2013 apabila kesemua 10 produk penyelidikannya meraih pingat emas.

Menurut kenyataan UniMAP hari ini, pencapaian itu bermakna UniMAP meraih kejayaan 100 peratus bagi produk penyelidikan para penyelidik mudanya yang menyertai AYIE 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

AYIE 2013 diadakan sempena Pameran Rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa 2013 (ITEX'13) yang berlangsung tiga hari bermula Khamis lepas dan berakhir hari ini.

Semalam UniMAP melakar kejayaan memberangsangkan apabila 32 daripada 60 produknya berjaya merangkul pingat emas di samping 26 pingat perak dan satu gangsa pada ITEX'13.

Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin bangga dengan pencapaian itu yang membolehkan universiti berkenaan membawa pulang pingat emas bagi 100 peratus produk yang dipertandingkan.

Pada AYIE 2012, UniMAP hanya membawa pulang enam pingat emas dan dua perak bagi lapan produk penyelidikan yang dipertandingkan.

"Ini satu pencapaian yang memberangsangkan bagi kesemua produk penyelidikan hasilan penyelidik muda UniMAP melalui ENVEX Young Researcher Club (EYReC). Saban tahun kita menanam azam untuk menghasilkan produk yang berkualiti selain ia memberi manfaat kepada masyarakat," kata Dr Kamarudin dalam kenyataan itu.

Selain itu, UniMAP juga melalui EYReC turut menghantar sepuluh penyertaan pada Pameran Perekacipta Muda Antarabangsa (IEYI) 2013 yang julung kali diadakan di Malaysia dan berjaya meraih tiga emas dan enam perak.

Sebagaimana AYIE 2013, IEYI 2013 juga berlangsung di lokasi penganjuran ITEX'13 dengan penyertaannya dihadkan kepada para penyelidik muda berusia bawah 20 tahun dari dalam dan luar negara.

Dr Kamarudin berkata penyertaan para penyelidik muda UniMAP itu adalah sebagai persediaan untuk mereka berkecimpung dengan lebih serius dalam bidang penyelidikan dan inovasi pada masa hadapan.

"Pameran ini adalah medan untuk mengembangkan bakat istimewa penyelidik muda agar lebih mencintai bidang penyelidikan dan penuh berkeyakinan apabila berhadapan dengan penjurian pelbagai peringkat di seluruh dunia," katanya.

ITEX'13 yang didalamnya turut berlangsung AYIE dan IEYE dianjurkan Malaysian Invention and Design Society (Minds) dengan kerjasama World Intellectual Property Organisation (Wipo) dianjurkan buat kali ke-24 dengan penyertaan lebih 1,000 produk penyelidikan dari pelbagai agensi dalam dan luar negara.

-- BERNAMA
                         
  • Laman Utama
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Peta Laman
  • Peta Lokasi
  • Arkib Elektronik

 

Hakcipta Terpelihara © 2012 Kerajaan Negeri Perlis.
Pihak Kerajaan Negeri Perlis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami 
kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Aras 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, 01000 Kangar, Perlis.
Tel : 04-9738800 || Fax : 04-9775863 E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Paparan terbaik gunakan  IE 8.0 keatas atau  Mozilla Firefox 4.0 keatas pada resolusi 1024x768 pixel.